Hari ini 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 adalah hari kelahiran junjungan
besar Nabi Muhammad SAW yang dikasihi. Sempena hari kebesaran kekasih ALLAH SWT marilah kita
sama-sama berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW. Tidak perlu mengadakan majlis makan
ataupun secara ramai-ramai, malahan kita juga boleh berselawat setiap masa dalam pelbagai cara,
malahan bukan hari ini sahaja tetapi juga hari lain. Sempena hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dan
telah diwartakan sebagai cuti umum dalam kalendar tahunan negara, jadi hari cuti ini marilah kita
merenung & membaca kembali kisah perjuangan Rasulullah SAW sebagai mengenang jasa
baginda dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia.
Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )